Hari Bapa
Sunday, June 21, 2009
Dengan ini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan
"Selamat Hari Bapa" kepada semua ayah yang berada di mana sahaja teristimewa sekali buat ayah tersayang,
Encik Sulaiman dan ayah mertua
En.Morris Datok. Dengan ucapan semoga dilimpahi rezeki dan kesenangan di dunia akhirat. Anakmu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan moga dipanjangkan umur. Amin.
Labels: hari bapa
Selamat tinggal sahabat
Seawal pagi selepas subuh, aku dah bangun untuk menghantar teman ku ke terminal bas. Itulah kali terakhir aku melihatnya kerana dia,
Memeis tidak akan balik ke Sarawak lagi setelah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari
Selera Fatima. Aku dengan
Memeis begitu akrab kerana dia merupakan pembantu ku di bahagian dapur
SF sejak mula-mula
Selera Fatima beroperasi. Tidak perlu lah untuk ku menghuraikan sebab musababnya kerana aku pasti hampir semua krew
SF sudah maklum. Bagaimana pula dengan
Kak Minah? Kak Koyot? Kak Anot? Big bos? Humm.. aku pasti mereka akan terkejut!

Gambar di sebelah adalah kenangan ku bersama
Memeis. Terima kasih teman kerana kau telah banyak mengajarku erti kehidupan. Membuatkan aku semakin dekat dengan
Allah s.w.t.. Alhamdulillah. Itu lah teman yang sebenar-benarnya. Buat krew
SF yang lain, janganlah peristiwa semalam dijadikan satu perbalahan yang besar sehingga sanggup menindas sesama sendiri.Sesungguhnya kita sebagai insan biasa tidak bisa terlepas dari melakukan kesilapan.
Sekian dahulu nukilan dari hati kecilku selaku salah seorang krew
SF yang telah agak lama berkhidmat di sini. Assalamualaikum..
Labels: sf, teman
Tomyam dan nasi goreng pataya
Saturday, June 20, 2009
Salam semua pengunjung laman Selera Fatima budiman.
Pernah sik makan di Selera Fatima?Ini adalah sebahagian dari top menu yang sering di order pengunjung..
Menu : TOMYAM
Harga : RM5
Menu : Nasi Goreng Pataya
Harga : RM5Labels: satok, selera fatima